Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 4 petang

SHAH ALAM, 24 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan lima daerah sehingga 4 petang ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Labuan.

Negeri lain pula, Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson, Sarawak (Limbang) serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :