Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Lima daerah di Selangor, KL diramal ribut petir dan hujan hingga 3 petang

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 10 JAN: Lima daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :