Pengunjung hadir beriadah sambil berpayung berlatar belakangkan awan gelap ketika tinjauan BERNAMA di Pantai Kelulut pada 7 Januari 2023. Foto BERNAMA
SELANGOR

Lima daerah di Selangor, KL diramal ribut petir hingga 8 malam

SHAH ALAM, 8 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur hingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Turut menerima cuaca sama ialah seluruh Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :