Salah satu lorong motosikal di lebuh raya. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lorong motosikal ditutup sementara secara berperingkat di Lebuhraya Shah Alam

SHAH ALAM, 16 JAN: Lorong motosikal di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan ditutup secara berperingkat, bermula hari ini hingga 30 Januari.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara lorong motosikal secara berperingkat, akan dilakukan di beberapa lokasi di LSA bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, bagi kerja pembaikan turapan jalan di lebuh raya tersebut.

“Ini bertujuan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan di lorong motosikal, bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu,” katanya.

Penutupan lorong tersebut melibatkan kawasan dari persimpangan bertingkat Bukit Rimau sehingga ke persimpangan bertingkat Kebun (16-18 Januari); dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (19 Januari).

Kemudian penutupan lorong akan dilakukan dari persimpangan bertingkat Pandamaran sehingga persimpangan bertingkat Bandar Puteri (26 Januari); dari persimpangan bertingkat Bandar Puteri sehingga persimpangan bertingkat Kebun (27 Januari); dari persimpangan Kebun sehingga persimpangan Bukit Rimau (28 Januari) dan dari persimpangan Hicom sehingga persimpangan bertingkat Seafield (30 Januari).

Pengguna motosikal dinasihatkan menunggang dengan berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.

– BERNAMA


Pengarang :