Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal Il-Ehzan Fadhil Azim (dua dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam majlis di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13, Shah Alam, pada 25 Januari 2023. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS terima zakat perniagaan RM600,000 daripada Alliance Islamic Bank

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM600,00 daripada Alliance Islamic Bank Berhad semalam.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook berkata sesi penyerahan dibuat di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 di sini.

“Zakat diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Rizal Il-Ehzan Fadhil Azim kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

“Semoga dengan zakat ini kita dapat bantu lebih ramai asnaf di luar sana. Insya-Allah,” kata kenyataan itu.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Syariah Prof. Dr. Muhamad Rahimi Osman, Ketua Jabatan Syariah Mohammad Shidek Nazaran dan Pegawai Jabatan Syariah Muhammad Syamim Nafis Jamil.

Alliance Islamic Bank merupakan antara syarikat korporat pertama yang membayar zakat perniagaan tahun ini.


Pengarang :