AGENSISELANGOR

Mais tawar jawatan pekerja harian sambilan multimedia, media sosial

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mempelawa individu berkelayakan memohon jawatan pekerja harian sambilan multimedia dan media sosial (content creator) di bawah agensi itu.

Mais memaklumkan antara syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia berusia tidak kurang 18 tahun.

Calon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan setaraf dengannya.

“Selain itu, antara syarat lain adalah kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

“Calon perlu berpengalaman mengendalikan media sosial, menyediakan bahan hebahan atau promosi seperti e-poster dan video pendek ringkas,” maklum agensi itu di Facebook.

Mais memaklumkan calon juga boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugas lain seperti diarahkan.

Calon juga perlu bersedia menerima arahan lebih masa dan bekerja di lapangan sekiranya diperlukan.

Untuk memohon calon boleh menghantar resume beserta sijil berkaitan sebelum atau pada 13 Januari 2023 menerusi e-mel [email protected].


Pengarang :