Sebahagian mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Kepah di Hulu Terengganu selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Johor meningkat, Sabah turun dan Pahang kekal

Oleh SHAMZ JOHAN

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 2,647 berbanding 2,216 malam tadi manakala Sabah turun kepada 985 dan Pahang kekal dengan 314 mangsa setakat pagi ini.

Menurut portal InfoBencanaJKM, pertambahan mangsa di Johor melibatkan 736 keluarga di daerah terjejas iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir yang direkodkan setakat pagi ini 985 orang berbanding 1,723 malam semalam yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, Beluran dan Lahad Datu.

Manakala Pahang masih kekal dengan 314 mangsa dengan 96 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Maklumat semasa info banjir boleh didapati melalui portal https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index


Pengarang :