Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menggaul ‘yee sang’ ketika mengunjungi rumah masyarakat Tionghoa pada jelajah Menteri Besar Sempena Tahun Baru Cina Parlimen Gombak di Taman Melawati, Gombak pada 24 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, isteri kunjungi masyarakat Tionghoa sempena Tahun Baharu Cina

GOMBAK, 24 JAN: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa mengunjungi masyarakat Tionghoa sekitar Parlimen Gombak hari ini menerusi jelajah sempena Tahun Baharu Cina.

Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad menziarahi tiga rumah masyarakat Cina di sekitar Hulu Kelang dan Sri Gombak pagi ini.

Selain beramah mesra, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut memenuhi permintaan tuan rumah serta tetamu yang teruja mahu bergambar dan berswafoto bersamanya.

Amirudin dan isteri turut meluangkan masa menggaul yee sang iaitu antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baharu Cina.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua meneruskan siri jelajah sempena Tahun Baharu Cina ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua petang ini.


Pengarang :