Orang ramai melihat papan informasi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam di pusat beli belah SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Pameran awam kompleks sukan negeri tarik hampir sejuta perhatian

SHAH ALAM, 29 JAN: Pameran awam pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjaya menarik hampir sejuta perhatian dalam tempoh dua hari.

Dato’ Menteri Besar berkata seramai 200 individu hadir melihat sendiri reka bentuk awal yang dipamer di pusat beli-belah SACC Mall di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pameran terbabit turut meraih 424,648 capaian di Twitter, TikTok (303,427), Facebook (82747) dan Instagram (42,400).

“Dalam dua hari sesi pameran dan pandangan awam pembinaan stadium baru Shah Alam telah menarik hampir satu juta perhatian.

“Pameran fizikal akan berlangsung hingga 10 Februari 2023,” tulisnya di Twitter hari ini.

Reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dipamerkan sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pameran awam pembangunan semula KSSA diadakan bagi memberi peluang orang awam menilai pembinaan projek yang melibatkan belanja sebanyak RM787 juta.

Menerusi inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, orang ramai boleh memberi cadangan terhadap struktur dan pelan pembangunannya.

MBI turut mengalu-alukan orang ramai memberi maklum balas yang boleh dikongsi melalui e-mel [email protected].

Pada 5 Januari lalu, Amirudin memaklumkan pembangunan semula KSSA termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.


Pengarang :