Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Partai Golkar dari Indonesia di Hotel Concorde, Shah Alam pada 18 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB rai delegasi Partai Golkar, bincang isu ekonomi, pendidikan

SHAH ALAM, 18 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Partai Golkar dari Indonesia di Hotel Concorde malam ini.

Majlis bersekali jamuan makan malam bersama ketua umum parti Dave Akbarshah Fikarno dan setiusaha agungnya Sabil Rachman membincangkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Pertemuan hampir dua jam itu turut menyentuh isu semasa antaranya pembangunan, pendidikan dan ekonomi yang boleh membawa kemajuan kepada dua-dua pihak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Partai Golkar dari Indonesia di Hotel Concorde, Shah Alam pada 18 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut hadir Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli, EXCO Pelancongan Hee Loy Sian dan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah.

Minggu lalu, Amirudin mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke Indonesia menemui Presiden Joko Widodo atau Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor.

Lawatan rasmi itu turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq.


Pengarang :