Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan limau dan angpau kepada masyarat Cina di sekitar Pasar Borong Selayang pada 14 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB santuni masyarakat Cina, edar angpau, limau sempena Tahun Baharu Cina

GOMBAK, 15 JAN: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menyantuni masyarakat Cina sekitar Pasar Pagi Selayang Baru dan Pasar Awam Seri Gombak di sini pagi tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengambil peluang mengedarkan buah limau dan angpau peniaga dan pengunjung di kedua-dua pasar berkenaan sempena Tahun Baharu Cina.

Selain beramah mesra, beliau yang juga ahli parlimen Gombak turut memenuhi permintaan orang ramai yang teruja mahu bergambar bersamanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan limau dan angpau kepada masyarat Cina di sekitar Pasar Borong Selayang pada 14 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu, Amirudin turut meluang masa bersarapan pagi tadi di Restoran Nasi Lemak Albab, Jalan Selayang Baru di sini.

Ahli Dewan Negeri Sungai Tua bersarapan bersama pimpinan masyarakat dan penduduk selain bertemu orang ramai sekitar Dewan Undangan Negeri Sungai Tua.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersarapan bersama pimpinan masyarakat dan penduduk Dewan Undangan Negeri Sungai Tua sebelum mengedar limau dan angpau kepada masyarat Cina di Pasar Borong Selayang pada 14 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :