Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menonton perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sertai lebih 5,000 penyokong saksi separuh akhir pertama Piala AFF

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 7 JAN: Dato’ Menteri Besar menyertai lebih 5,000 penyokong menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 9.58 malam bagi menyaksikan tayangan perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di skrin besar yang disediakan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

Beliau turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa jersi Harimau Malaya kepada tiga penyokong bertuah yang hadir pada malam ini.

Orang ramai menonton skrin besar perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sebanyak 14 skrin besar disediakan di pelbagai lokasi seluruh negara malam ini untuk penyokong bola sepak tanah air menyaksikan tayangan perlawanan.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada 10 Januari.


Pengarang :