Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

MB: Tambahan dana RM21.1 juta untuk pembaikan cerun Batang Kali

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Selangor menambah peruntukan sejumlah RM21.1 juta bagi pembaikan cerun Batang Kali susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu hasil cadangan pihak Jabatan Kerja Raya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Hasil laporan tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM21.1 juta bagi pembaikan cerun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan akan bekerjasama menetapkan garis panduan berhubung aktiviti perniagaan dan tapak perkhemahan.

“Garis panduan ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan warga Selangor yang menjalankan aktiviti tersebut,” katanya lagi.

Kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada 16 Disember 2022 mengorbankan seramai 31 individu manakala 61 lagi terselamat.

Peristiwa itu dianggap tragedi terburuk selepas kejadian satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Ulu Klang tumbang hingga mengorbankan 48 orang pada 11 Disember 1993.


Pengarang :