Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 3 Januari 2023. Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB temui PM, bincang isu pembangunan negeri

SHAH ALAM, 3 JAN: Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini, bagi membincangkan isu pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi pertemuan tersebut, beberapa perkara dibincang panjang antaranya berkaitan tebatan banjir dan penyelenggaraan jalan.

“Dalam sela masa lebih sejam, saya sampaikan aspirasi rakyat Selangor agar pengukuhan kerjasama Persekutuan-Selangor dapat dimantapkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Turut dikongsi perihal perkembangan positif hasil negeri di akhir tahun 2022 melepasi sasaran mencapai 123.55 peratus yakni RM2,532.86 juta daripada sasaran RM2,050 juta,” katanya di Facebook hari ini.

Amirudin turut menghargai input dan perkongsian penting diberikan Anwar untuk diaplikasikan pentadbiran negeri pada masa depan.

“Saya berbesar hati mengundang Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan kerja ke Selangor dalam waktu terdekat.

“Iltizam #KitaSelangor menjadi pasak utama pembangunan Malaysia yang lebih sepadu demi merealisasi agenda kemajuan bersama,” katanya.


Pengarang :