Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Normaizatulakmal Tujad dan Pengarah Penyiaran Selangor Fairuz Mohd Radzi di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri pada 25 Januari 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB terima kunjungan pengarah Jabatan Penerangan, Penyiaran Selangor

SHAH ALAM, 25 JAN: Dato’ Menteri Besar menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Normaizatulakmal Tujad di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga dikunjungi Pengarah Penyiaran Selangor Fairuz Mohd Radzi dalam pertemuan yang membincangkan soal sinergi dan kerjasama antara agensi penerangan negeri dan persekutuan.

“Sinergi dan kerjasama antara agensi penerangan ini amat penting agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih efektif dan berkesan.

“Di era dunia teknologi ini, segala medium harus digunakan sebaiknya untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan mutakhir,” katanya menerusi Facebook.

Tambah Amirudin, penerangan juga harus ditekankan dalam menangkis tohmahan serta berita palsu yang kerap tersebar sehingga mengelirukan rakyat.


Pengarang :