Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan baucar Jom Shopping kepada peserta sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, Gombak pada 23 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

MB: Tiada siapa dipinggirkan di Selangor, warga emas antara keutamaan

SHAH ALAM, 21 JAN: Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak terutamanya warga emas yang sentiasa diberi perhatian khusus.

Dato’ Menteri Besar berkata ia dibuktikan menerusi kenaikan baucar Jom Shopping Perayaan daripada RM100 kepada RM200 dan pelaksanaan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Seramai 82,400 penerima dijangka menerima manfaat sempena perayaan utama tahun ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menurap, melebarkan dan menaik taraf jalan di Selangor pada tahun ini.

“Akhir sekali, saya mengharapkan yang terbaik untuk semua, agar kita terus cekal, terus bersemangat dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan kita.

“Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua,” katanya.


Pengarang :