Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Barisan Kawalan Kehormatan Utama ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara pada 6 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

MB ucap tahniah tahun keempat pemerintahan Agong

SHAH ALAM, 31 JAN: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena tahun keempat pemerintahan Baginda sebagai Agong ke-16.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberkati dan dirahmati Allah SWT.

“Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena ulang tahun keempat pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2023 bersamaan 9 Rejab 1444H.

“Sembah takzim daripada patik mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku,” tulisnya di Facebook.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.


Pengarang :