Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi (dua, kanan) menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Hospital Shah Alam Dr Ruzita Othman selepas menyerahkan alatan perubatan AED di lobi Hospital Shah Alam pada 18 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI peruntuk RM1.68 juta bantuan kembali ke sekolah tahun ini

SHAH ALAM, 18 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM1.68 juta bantuan kembali ke sekolah tahun ini, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata daripada jumlah itu 16,800 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di negeri ini bakal menerima inisiatif tunai RM100.

“Kita melanjutkan tempoh permohonan sehingga 24 Januari ini untuk memberi peluang kepada setiap wakil rakyat melengkapkan senarai kuota 300 pelajar di setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apabila kuota permohonan dipenuhi, kita akan proses bayaran kepada pihak DUN kemudian mereka akan salur terus kepada pelajar seawal Februari atau musim cuti sekolah,” katanya.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada Media Selangor selepas menyerahkan alatan perubatan AED di lobi Hospital Shah Alam pada 18 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas sesi penyerahan alatan perubatan ‘Automated External Defibrillators’ (AED) kepada Hospital Shah Alam di lobi hospital itu di sini hari ini.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung bantuan kembali ke sekolah MBI, orang awam boleh bertanya terus ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran.

Antara syarat permohonan adalah had pendapatan pemohon ditetapkan RM4,000 dan ke bawah untuk permohonan sesi persekolahan tahun ini berbanding RM2,500 sebelum ini.


Pengarang :