Seorang murid sekolah menyertai program saringan penentuan murid orang yang memerlukan pendidikan khas anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama pada 30 Januari 2023. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ kenal pasti murid perlukan pendidikan khas

SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama menjayakan program saringan penentuan murid orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan pendidikan khas.

Program dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bermula semalam hingga 2 Februari melibatkan 24 murid sekolah rendah setiap hari.

“MBPJ yang juga sebuah PBT sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk Petaling Jaya.

“Program ini merupakan projek berimpak tinggi Thematik Inclusive City dan Learning City di bawah Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030,” katanya di Facebook.

Majlis dihadiri Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Sharipah Marhaini Syed Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Norolhuda Abd Rani dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Negeri Selangor Dr Siti Hasmah Ilias.


Pengarang :