Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pengangkutan percuma kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di lapan lokasi terpilih. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA sedia pengangkutan percuma buat warga emas, OKU di lapan lokasi

SHAH ALAM, 6 JAN : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pengangkutan percuma kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata kenderaan komuniti MBSA itu bertujuan membantu pergerakan mereka mendapatkan rawatan di hospital dan pusat rawatan terpilih.

“Sebanyak tiga unit kenderaan komuniti untuk perkhidmatan ini iaitu dua van yang diubah suai bersesuaian dengan keperluan golongan OKU dan satu Proton Exora untuk warga emas.

“Menjadi tanggungjawab MBSA menyediakan perkhidmatan kepada golongan ini memandangkan pergerakan mereka untuk pergi mendapatkan rawatan agak terhad dan sukar didapati,” katanya menerusi kenyataan.

Shahrin berkata kenderaan komuniti itu beroperasi setiap hari mulai jam 8.30 pagi hingga 5 petang dan ia hanya boleh memuatkan dua penumpang.

Tempahan perlu dibuat seminggu sebelum dengan menghubungi Seksyen Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA menerusi talian terus 03- 5522 2732 atau 03-5510 5133 sambungan 1381.

Berikut lapan lokasi terpilih bagi perkhidmatan itu :

-Hospital Shah Alam
-Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam
-Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam
-Klinik Kesihatan Bukit Kuda Klang
-Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
-Hospital Besar Sungai Buloh Selangor
-Klinik Kesihatan Sungai Buloh Selangor
-Pusat Perubatan Universiti Malaya Petaling Jaya (PPUM)


Pengarang :