PBTSELANGOR

MBSA sedia tong sampah pukal, lupus sisa kebun atau perabot

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kutipan dan sewaan tong sampah pukal Roll On Roll Off (RORO) berkapasiti tiga tan untuk warga Shah Alam.

MBSA memaklumkan perkhidmatan tersebut disediakan bagi sisa kebun atau tanaman dan sampah pukal atau perabot.

“Kadar harga bagi kediaman bertanah (landed) adalah RM100, pangsapuri kos sederhana atau kondominium (RM250) manakala komersial (RM150).

“Perkhidmatan kutipan dan sewaan tong sampah RORO bagaimanapun tidak termasuk sampah domestik dan sisa binaan,” kata pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Permohonan boleh dibuat menerusi kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA, Tingkat 4, Wisma MBSA, di sini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55105133 sambungan 1645/1547/1316/1695/1239 atau e-mel [email protected].


Pengarang :