Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir bergambar bersama kakitangan selepas meninjau lori terakhir mengangkut sampah pascabanjir di stesen pemindahan sementara sisa pepejal, Seksyen 21, Shah Alam pada 14 Januari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ tawar khidmat kutipan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina

SUBANG JAYA, 5 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma kepada penduduk sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kutipan sampah pukal bagi kawasan perumahan teres itu dilaksana KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) selama 15 hari bermula 7 hingga 21 Januari ini.

Dato’ Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar berkata kategori kutipan sampah pukal di semua kawasan pentadbiran MBSJ antaranya seperti tilam dan perabot lama.

“Sampah ubah suai dan pindah rumah, barangan elektrik dan barang kitar semula tidak termasuk dalam perkhidmatan kutipan sampah pukal ini.

“Keutamaan diberikan kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MBSJ yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya ditemui pada majlis angkat sumpah dan ikrar integriti 23 individu sebagai ahli majlis MBSJ bagi penggal 2023 di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu.

Permohonan perkhidmatan kutipan sampah pukal boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 13 Januari dengan menghubungi KDEBWM di talian 03-80814437 atau aplikasi WhatsApp di talian 011-35584437.

Pemohon akan dihubungi bagi menetapkan tarikh pelaksanaan kutipan dan dikehendaki meletakkan sampah pukal masing-masing di hadapan rumah pada tarikh ditetapkan.


Pengarang :