Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ tawar rebat RM15 cukai taksiran sehingga 28 Februari

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan rebat RM15 kepada pembayar cukai taksiran di bandar raya itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ berkata bayaran cukai perlu dijelaskan sebelum atau pada 28 Februari ini bagi melayakkan pembayar menerima rebat berkenaan.

Azfarizal Abd Rashid menjelaskan insentif itu sebagai tanda penghargaan kepada 75,000 pembayar cukai pertama tertakluk kepada terma dan syarat.

“Bagi layak menerima rebat ini pelanggan perlu menjelaskan bil bagi penggal pertama dan kedua 2023 selain tiada tunggakan cukai.

“Selain itu pembayaran harus melalui empat saluran iaitu portalEzyMbsj, aplikasi mobile EzyPay, E-masspro dan kiosk bayaran MBSJ (cashless) sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pelanggan boleh menyemak rebat melalui penyata bermula Jun ini di mana ia akan dikreditkan melalui pelarasan akaun selepas tamat tempoh pembayaran cukai penggal kedua.

Azfarizal berkata MBSJ menyeru semua pihak menjalankan tanggung jawab melaksanakan pembayarannya bagi memastikan fasaliti, infrastruktur serta kemudahan awam dapat disedia serta diselenggara dengan baik.

Katanya, pelanggan boleh menyemak bil dengan mengimbas kod QR pada poster dan mendaftar sebagai ahli EzyMBSJ.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.mbsj.gov.my dan platform media sosial rasmi MBSJ atau hubungi Pusat Panggilan dan Kawalan MBSJ (Command Center) di talian 03-80247700.


Pengarang :