Proses pensterilan (retort) pada produk makanan sedia dimakan keluaran Ummu Habibah Idrus. Foto Facebook Ummu Habibah
PBTSELANGOR

MDSB buka peluang 20 individu sertai kursus steril makanan

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuka peluang kepada 20 individu untuk menyertai kursus pensterilan (retort) makanan pada 11 Februari depan.

Menurut MDSB, program dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang di Kolej Komuniti Sabak Bernam dikenakan bayaran RM100.

Syarat kelayakan antaranya berumur 16 tahun dan ke atas dan perlu membawa satu jenis menu yang akan dibungkus seberat 150 hingga 200 gram (untuk 20 pek).

Mereka yang berminat boleh mengisi borang secara dalam talian dengan menyertakan bayaran di kaunter MDSB atau ke akaun Bank Islam Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (12056010021352).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mohammad Faizal Nawani di talian 017-6180 589.


Pengarang :