PBTSELANGOR

MDSB: Denda RM500 jika peniaga makanan tidak pakai pelitup muka

SHAH ALAM, 10 JAN: Pengendali atau peniaga makanan dan minuman di kawasan Sabak Bernam yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka boleh didenda RM500.

Perkara itu dimaklumkan di Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) susulan penguatkuasaan arahan tersebut di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 1 Januari.

“Semua penyedia, pengendali atau peniaga makanan dan minuman di Selangor hendaklah mematuhi arahan pemakaian pelitup muka bagi menjamin keselamatan dan kebersihan makanan berkuat kuasa 1 Januari.

“Kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,” jelas PBT itu.

Pada Disember lalu, Dato’ Menteri Besar berkata penjaja dan pengusaha restoran di negeri ini wajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pendekatan itu juga dapat menambah keyakinan pelanggan selain mengelakkan penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

 


Pengarang :