Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Menjelang Tahun Baharu Cina, MBSA sedia tong sampah pukal di 362 lokasi

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan tong sampah pukal Roll On Roll Off (RORO) percuma di 362 lokasi sempena Tahun Baharu Cina.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penyediaan tong sampah RORO berkapasiti tiga tan itu bermula semalam sehingga 16 Januari.

“Setiap tong sampah RORO akan ditempatkan selama tempoh tujuh hari di setiap lokasi. Tong sampah akan ditarik lebih awal dari tempoh masa ditetapkan sekiranya didapati telah penuh.

“Antara sisa yang boleh dilupuskan adalah sampah pukal seperti perabot terpakai, peralatan elektrik, sisa makanan, sisa binaan dan sisa kebun.

“Bagi sisa yang berisiko seperti besi atau kaca hendaklah dibungkus atau dibalut dengan baik sebelum dilupuskan bagi mengelakkan kecederaan kepada operator kutipan sisa,” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Tatacara pengurusan sisa boleh dirujuk di pautan https://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/perkhidmatanperbandaran/Halaman/perkhidmatan_pembersihan_awam.aspx

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA ditalian 03-55105133 sambungan 1239/1316/1547/1645/1695/1697.


Pengarang :