Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan limau dan angpow kepada masyarat Cina di sekitar Pasar Borong Selayang pada 14 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Meriahi Tahun Baharu Cina, kekal semangat kekeluargaan

SHAH ALAM, 21 JAN: Dato’ Menteri Besar mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh komuniti Tionghua khususnya di Selangor dan negara ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sambutan kali ini penuh meriah dengan peluang berkunjung ke rumah ibu bapa serta keluarga yang pasti membawa kegembiraan kepada masyarakat Cina.

“Aspek yang sentiasa diketengahkan pada setiap sambutan Tahun Baharu adalah semangat kekeluargaan dan kepentingan mentaati ibu bapa yakni salah satu elemen terpenting dalam ajaran Confucius,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina.

Amirudin berkata terdapat 12 haiwan yang menggambarkan zodiak Cina dan tahun ini memperlihatkan arnab air kembali selepas 60 tahun berlalu.

Menurutnya setiap haiwan dikatakan mempunyai lima unsur menurut fahaman astrologi Cina iaitu kayu, api, tanah, logam dan air.

“Arnab air ini adalah simbol yang membawa keamanan, panjang umur serta kemakmuran,” katanya.


Pengarang :