Foto Facebook MPHuluSelangor
PBTSELANGOR

MPHS sedia tong sampah pukal di 33 kawasan sempena Tahun Baharu Cina

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) di 33 kawasan mulai 5 Januari.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kemudahan tersebut disediakan secara percuma bagi membantu orang ramai melupus barang pukal sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Orang ramai boleh membuang sampah pukal seperti perabot lama dan barangan elektrik dan sebagainya serta sampah kebun pada tong RORO berkenaan,” katanya menerusi Facebook.

MPHSturut memaklumkan tong berkapasiti tiga tan itu ditempatkan selama lapan hari dan akan ditarik lebih awal sekiranya didapati telah penuh.

“Penduduk diharap membuang sampah pukal ke dalam tong disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar.

“Bagaimanapun sampah domestik atau dapur adalah dilarang sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1331/1050.

Berikut lokasi tong RORO untuk kemudahan penduduk:


Pengarang :