Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 19 kompaun ke atas individu yang didapati membuang sampah di tempat awam di sekitar Klang pada 16 Januari 2023. Foto FACEBOOK MPK
PBTSELANGOR

MPK kompaun 19 individu kerana buang sampah di tempat awam

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 18 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 15 kompaun ke atas individu yang dikesan membuang sampah di tempat awam sekitar pusat bandar Klang.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu kebanyakannya dilakukan oleh warga asing di kawasan terbabit.

“15 kompaun itu melibatkan kesalahan membuang sampah – sampah kecil seperti puntung rokok, kertas, sisa cili dan biji buah di suatu tempat awam di bawah Undang – Undang Kecil 4, Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran Klang 2007,” katanya menerusi Facebook.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 19 kompaun ke atas individu yang didapati membuang sampah di tempat awam di sekitar Klang pada 16 Januari 2023. Foto FACEBOOK MPK

Sementara itu MPK menjelaskan empat kompaun turut dikeluarkan di sekitar Taman Sentosa kerana membuang sampah domestik.

Ia atas kesalahan berdasarkan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang sampah (domestik) di tempat awam.


Pengarang :