Tengku Amir Shah berkenan melakukan kayuhan sejauh 40km bersama peserta dalam Kayuhan Menjunjung Kasih 2019 di Bandar Bukit Raja, Klang. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK pelawa orang ramai sertai kayuhan santai bersama Raja Muda Selangor

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 24 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempelawa orang ramai menyertai Kayuhan Menjunjung Kasih bersama Duli Yang Termat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada 12 Mac depan.

Program dengan kerjasama Sime Darby Property (Sime Darby) itu terbuka kepada peserta berusia 15 tahun ke atas dengan yuran penyertaan RM50.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan kayuhan sejauh 48.5 kilometer itu berlangsung pada jam 8 pagi di Sime Darby Property, Galeri Jualan Bukit Raja.

“Anda peminat sukan berbasikal? Anda inginkan kayuhan santai bersama DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah di sekitar Bandar Di Raja Klang?

“Jom sertai Kayuhan Menjunjung Kasih,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

Menurutnya, pendaftaran dibuka sehingga 15 Februari ini dengan mengimbas kod QR atau menerusi akses pautan https://checkpointspot.asia/event/kayuhan-menjunjung-kasih-23 .

Program turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Berbasikal Selangor.

Maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi talian 0108298687/0123242333/0139398999 atau e-mel
[email protected] .

Sementara itu pertanyaan mengenai pendaftaran atas talian boleh diajukan menerusi [email protected] .

 


Pengarang :