PBTSELANGOR

MPK sedia tong sampah pukal di 64 lokasi terpilih sempena Tahun Baharu Cina

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 7 DIS: Warga Klang yang mahu membuang perabot lama atau barangan pukal boleh menggunakan kemudahan tong sampah pukal Roll On Roll Off (RORO) di 64 lokasi terpilih Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kemudahan tersebut bermula 7 hingga 20 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina untuk orang ramai membersihkan kediaman masing-masing.

“Sebanyak 64 lokasi terpilih untuk peletakan tong RORO mengikut jadual bermula 7 hingga 20 Januari ini yang disediakan KDEB Waste Menangement Sdn Bhd di zon Klang Utara,” katanya menerusi Facoobok semalam.

Antara lokasi terlibat iaitu Jalan Sungai Keramat, Seri Sentosa, Jalan Sungai Kapar Indah, Taman Seri Mutiara, Jalan Beruas dan Taman Summit.

Selain itu lokasi terlibat lain ialah:


Pengarang :