Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 30 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merekodkan 594 kes demam denggi dalam tempoh 3 minggu bermula awal tahun sehingga 21 Januari lalu.
Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata kes denggi di Hulu Langat meningkat 54 peratus tahun ini berbanding 461 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Menurut beliau, kesemua kes direkodkan membabitkan 63 lokaliti wabak dengan lapan lokasi titik panas dikenal pasti.
“Lapan lokaliti titik panas yang dikenal pasti merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal (satu), DUN Semenyih (empat), DUN Kajang (satu), DUN Dusun Tua (satu) dan DUN Balakong (satu),” katanya dalam mesyuarat bulanan pihak berkuasa tempatan itu hari ini.
Najmuddin menjelaskan situasi semasa wabak menjadikan Hulu Langat daerah kedua tertinggi di Selangor dengan 853 kes namun tiada kematian dilaporkan.