Logo Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKj tingkat kecekapan perkhidmatan, realisasi status bandar raya tahun ini

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

KAJANG, 4 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) komited ke arah mencapai status bandar raya pada tahun ini, kata yang dipertuanya.

Najmuddin Jemain berkata setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan Kerajaan Negeri untuk memutuskan sama ada pihak berkuasa tempatan itu boleh mencapai status bandar raya.

“Kita belum buat perubahan fizikal (penjenamaan semula aset). Di peringkat Kerajaan Negeri mereka belum putuskan lagi sama ada MPKj boleh naik status jadi bandar raya.

“Tetapi di peringkat MPKj kita sudah ada perancangan antaranya dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dalam semua aspek,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPKj penggal 2023.

Sebelum ini, MPKj memaklumkan akan melaksanakan penjenamaan semula aset-aset miliknya sejak awal tahun lalu sebagai usaha ke arah bandar raya.

Aset-aset berkenaan meliputi dewan komuniti, kompleks sukan, Stadium Kajang, perhentian bas, taman rekreasi awam, tempat pelancongan, taman perumahan dan medan selera.


Pengarang :