Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menghapuskan pondok telefon terbiar di sekitar Kuala Langat dalam operasi pembersihan pada 17 Januari 2023. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL hapus 32 pondok telefon lama, terbiar dalam operasi pembersihan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 Jan: Sebanyak 32 pondok telefon berlogo Telekom Malaysia (TM) yang lama dan terbiar di sekitar Kuala Langat dihapuskan dalam operasi pembersihan pada kelmarin dan semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan operasi itu disertai lapan kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan empat anggota penguat kuasa MPKL serta tiga pekerja TM.

“Lokasi terlibat ialah Pekan Banting, Taman Cempaka, Taman Budiman, Taman Aman Banting, Taman Banting Jaya, Taman Baiduri, Taman Desa Jaya, Taman Seri Putra, Taman Banting Baru, Taman Sari Banting, Bandar Mahkota Banting dan Taman Rambai Indah.

“Sebuah lori pikap dan lori Roll On Roll Off (RORO) MPKL serta sebuah mesin pengorek milik kontraktor digunakan dalam operasi ini,” katanya menerusi Facebook.

Tambah kenyataan itu, wakil TM turut mengesahkan bahawa pondok telefon tersebut tidak lagi digunakan.


Pengarang :