Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKL, NGO bekerjasama urus anjing terbiar

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menambah baik pengurusan pusat kurungan anjing daripada segi pemberian makanan dan pembersihan.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakatnya memaklumkan usaha itu mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil dan menjaga anjing terbiar.

“Sebanyak 1,153 ekor anjing ditangkap pada tahun lalu dan kebanyakannya berpenyakit, tidak terurus serta kurang nutrisi.

“MPKL tidak mengabaikan haiwan ini sebaliknya menjaga mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan dan turut memberi makanan khas dua kali sehari pagi dan petang,” katanya menerusi kenyataan.

MPKL juga menyambut baik kesudian beberapa NGO yang berminat untuk mengambil haiwan ditangkap dan diletakkan di pusat perlindungan haiwan mereka.

Menurutnya, sebanyak 110 anjing diambil pada 10 Januari lalu dan pihaknya menyeru orang awam yang tidak mahu lagi memelihara haiwan itu boleh menghantar kepada NGO terbabit.

“MPKL menyeru orang awam agar tidak membiarkan anjing peliharaan itu terbiar di jalanan tetapi hantar kepada NGO yang berkaitan,” katanya.


Pengarang :