Penguat kuasa MPKL mengambil tindakan ke atas sebuah lori yang membuang sampah haram di Telok Panglima Garang baru-baru ini. Foto FACEBOOK MPKL
PBTSELANGOR

MPKL pergiat operasi bendung kegiatan tapak pelupusan sampah haram

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan mempergiatkan operasi membanteras kegiatan pelupusan sampah haram di kawasan pentadbirannya.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan terbabit dilakukan setelah pihaknya menyita sebuah lori yang didapati membuang sampah haram di Telok Panglima Garang baru-baru ini.

“Kegiatan lori terbabit dikesan ketika pegawai penguat kuasa menjalankan operasi di tapak pelupusan sampah haram.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan mempergiatkan operasi membanteras kegiatan pelupusan sampah haram di kawasan pentadbirannya. Foto FACEBOOK MPKL

“Operasi sitaan dilakukan atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Mdkl 2007,” katanya menerusi Facebook kelmarin.

MPKL menjelaskan operasi sama akan dilakukan di semua lokasi yang sering menjadi tapak pelupusan haram seperti itu.

Pertanyaan lanjut dan aduan berkaitan boleh hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4217.


Pengarang :