Penguat kuasa MPKL menyita sebuah lori yang digunakan untuk membuang sampah di tapak pelupusan haram di Olak Lempit pada 6 Januari 2023. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL sita lori, tutup tapak haram lupus sampah

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) giat menjalankan operasi bagi mencegah aktiviti pelupusan sampah secara haram

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan dalam operasi terbaru yang dijalankan pada 6 Januari lepas, sebuah lori disita kerana membuang sampah di tapak haram di Olak Rempit.

“Tindakan sitaan sebuah lori dibuat di bawah Undang-undang Kecil 21 atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Mdkl 2007.

“MPKL menjelaskan operasi sama akan dilakukan di semua lokasi yang sering menjadi tapak pelupusan haram seperti itu,” maklumnya di Facebook.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan aduan berkaitan boleh hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4217.

Sebelum ini, MPKL menggempur beberapa tapak pelupusan sampah haram di Telok Panglima Garang dan menyita lori.

MPKL mengesan tapak pelupusan sampah haram dalam operasi yang dijalankan pada 6 Januari 2023. Foto Facebook MPKL

Pengarang :