Pusat kitar semula seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPS sedia 10 tong sampah pukal buang e-sisa, perabot terpakai

SHAH ALAM, 13 JAN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan 10 unit tong Roll On Roll Off (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal, perabot dan e-sisa sempena Tahun Baharu Cina.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporatnya memaklumkan inisiatif ‘Spring Cleaning’ dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) ditempatkan di 10 lokasi bermula hari ini hingga 15 Januari.

“Program ini merupakan inisiatif berterusan sempena perayaan utama bagi membantu orang ramai membuang sampah pukal, e-sisa dan sampah perabot dalam tong RORO yang disediakan MPS.

“MPS berharap penduduk di kawasan terlibat dapat mengambil peluang membuang sampah pukal ke dalam tong RORO disediakan bagi memudahkan kutipan sekali gus memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih dan selesa,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) di talian 03-6126 6024 atau layari www.mps.gov.my untuk maklumat lanjut.

Lokasi tong RORO seperti berikut:

  • Jalan SG3/6 & SG3/7 (berhampiran Pasar Sri Gombak)
  • Taman Sri Selayang
  • Jalan SJ 24 Taman Selayang Jaya
  • Taman Daya
  • Kampung Lee Kim Sai
  •  Jalan NGP1 New Green Park Rawang
  • Bandar Country Homes
  • Jalan BRP 7/1 Bukit Rahman Putra
  • Kampung Desa Aman
  • Desa Jaya

Pengarang :