Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain ketika majlis angkat sumpah Timbalan Dipertua serta ahli majlis bagi penggal 2023 di ibu pejabat MPSepang pada 3 Januari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPSepang pasang 10 CCTV pantau kegiatan buang sampah haram, tingkat keselamatan

SEPANG, 3 JAN: Sebanyak 10 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang sekitar Sepang untuk memantau kegiatan pembuangan sampah haram selain meningkat aspek keselamatan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain berkata pemasangan kamera litar tertutup secara bergerak tertumpu di lokasi tertentu mengikut keperluan semasa.

“Kita memang ada CCTV tetapi tidak banyak, cuma ada 10 sahaja. CCTV ini dipasang untuk tujuan keselamatan dan pemantauan kegiatan pembuangan sampah haram.

“Mesej akan dihantar ke bilik kawalan sekiranya ada kegiatan sedemikian dan membolehkan tindakan undang-undang diambil,” katanya yang berhasrat menambah lagi CCTV.

Terdahulu beliau menghadiri majlis angkat sumpah ahli majlis MPSepang di sini melibatkan seramai 23 individu bagi penggal 2023.

Turut mengangkat sumpah Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin yang kini dilantik sebagai timbalan yang dipertua baharu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain (duduk, tengah) bergambar bersama Timbalan Dipertua Muhamad Shah Osmin dan semua ahli majlis selepas majlis angkat sumpah bagi penggal 2023 di ibu pejabat MPSepang pada 3 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

 


Pengarang :