PBTSELANGOR

MPSepang tawar 11 lokasi bazar Ramadan, mohon dalam talian mulai 16 Januari

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membuka permohonan permit bazar Ramadan secara dalam talian mulai 16 Januari hingga 17 Februari depan.

Menawarkan bazar Ramadan di 11 lokasi, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan permohonan boleh dibuat menerusi pautan ebazar.mpsepang.gov.my

“Lokasi tapak pasar Ramadan 2023 sekitar Sepang adalah di Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Taman Putra Perdana Puchong, Pekan Dengkil, Sungai Pelek, Pekan Salak dan Kipmmall Kota Warisan.

“Selain itu, Taman Mas Puchong, Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab, Cyberjaya dan Dengkil Jaya,” maklumnya di Facebook.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi Jabatan Perlesenan MPsepang di talian 03-8319 0255/256.


Pengarang :