EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim meninjau projek menaik taraf ban pecah di Jalan Kilang Padi, Sungai Tengi, Tanjong Karang pada 14 Januari 2023. Foto Facebook IZHAM HASHIM
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri belanja RM800,000 naik taraf ban, elak banjir di Sungai Tengi

SABAK BERNAM, 15 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk RM800,000 bagi menaik taraf ban pecah di Jalan Kilang Padi, Sungai Tengi di sini.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata projek itu menggunakan bongkah khas iaitu blok ‘Styrofoam’ yang bertujuan menstabilkan ban daripada pecah semula.

“Ban ini kerap pecah setiap kali banjir, jadi kita mengambil keputusan untuk membaikinya supaya lebih kukuh dan dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Semalam, Izham turut meninjau kerja penambakan pantai di sepanjang persisiran Pantai Sungai Kajang Lama bagi mengelakkan limpahan air pasang besar.

Menurutnya, ia antara langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit.

“Kerajaan Negeri juga merangka pelan jangka panjang yang akan dilaksanakan segera bagi mengelak kejadian banjir di situ,” katanya.


Pengarang :