ADNSELANGOR

Orang ramai dijemput minum teh bersama wakil rakyat Bukit Gasing hari ini

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 11 JAN: Wakil rakyat Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menjemput penduduk sekitar Bukit Gasing ke program santai minum teh bersamanya hari ini.

Program tersebut dianjurkan pejabat Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing bermula dari jam 5 petang sehingga 7 malam.

“Tahun ini, kita adakan (program) setiap Rabu kecuali cuti umum untuk penduduk berjumpa wakil rakyat tanpa temujanji,” katanya melalui Facebook.

Menurut Rajiv, beliau menjemput semua penduduk yang ingin bertemunya bagi menyampaikan isu yang memerlukan perhatian di kawasan mereka.

“Saya jemput semua penduduk yang mempunyai isu berkaitan kawasan mereka ataupun ingin hadir untuk beramah mesra. Teh dan pelbagai makanan ringan disediakan,” katanya.


Pengarang :