Pelan reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam yang akan dibangunkan semula dijangka pada 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Orang ramai dipelawa kongsi idea dalam sesi pembangunan kompleks sukan Shah Alam

SHAH ALAM, 25 JAN: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai menyertai sesi libat urus awam Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di Atrium SACC Mall di sini bermula esok.

“Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, sesi libat urus (engagement & exhibition) Projek Pembangunan KSSA akan bermula 26 Januari (esok) hingga 10 Februari. Orang ramai dijemput hadir bagi memberi maklum balas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Sesi libat urus itu dianjurkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan berlangsung sehingga 10 Februari ini.

MBI sebelum ini turut mengalu-alukan orang ramai memberi maklum balas yang boleh dikongsi melalui e-mel [email protected] .

Pada 5 Januari lalu, Amirudin berkata pembangunan semula KSS termasuk stadium negeri akan bermula pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata pihaknya menunggu proses kebenaran merancang (KM) sebelum pembangunan semula kemudahan itu dilaksanakan.


Pengarang :