Orang ramai melakukan aktiviti riadah sempena cuti Tahun Baharu Cina ketika tinjauan di Elmina Gardens, Seksyen U16, Shah Alam pada 2 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai riadah santai Bukit Gasing esok

SHAH ALAM, 28 JAN: Orang ramai terutama penduduk sekitar Petaling Jaya dipelawa menyertai riadah santai di Hutan Rekreasi Bukit Gasing esok.

Team Selangor di Facebook memaklumkan program jelajah ekspidisi secara berkumpulan anjuran Helang Hikers by Team Selangor hanya menyediakan 70 kekosongan.

Acara larian sambil mengutip sampah serta mendaki menjadi antara pengisian tentatif program bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di http://bit.ly/HelangGasing atau hubungi IamNita di talian 013-928 0082.

Peserta juga diminta membawa minuman sendiri dan berpakaian sukan manakala sarapan disediakan penganjur.


Pengarang :