Pengunjung tertarik dengan model rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Ekspo Hartanah Malaysia Shah Alam/Kuala Selangor 2022 di Central i-City, Shah Alam pada 12 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pameran PKNS tawar diskaun menarik, bantu orang ramai miliki hartanah

SHAH ALAM, 23 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan jerayawara pameran hartanah di pusat beli belah Central i-City Mall, bermula hari ini.

Agensi Kerajaan Negeri itu memaklumkan pameran yang berlangsung sehingga 29 Januari mulai 10 pagi hingga 10 malam mengetengahkan pelbagai jenis kediaman dan unit komersial pada harga berpatutan.

“Dapatkan pelbagai maklumat hartanah impian anda. Diskaun dan promosi menarik menanti anda,” katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi perunding hartanah PKNS di talian 03-5022 0189 atau whatsapp http://www.wasap.my/60109280187 dan layari laman sesawang www.pkns.gov.my .


Pengarang :