Ilustrasi pasangan bernikah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pasangan ‘PJJ’ perlu kekuatan mental, hubungi talian Sehat jika tertekan

SHAH ALAM, 29 JAN: Pasangan suami isteri dalam perhubungan jarak jauh (PJJ) memerlukan kekuatan mental kerana terdapat pelbagai cabaran antaranya perasaan risau dan rindu.

EXCO kesihatan awam berkata hubungan sedemikian menjadikan pasangan itu kelihatan lebih unik kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dipraktik dalam rumah tangga.

“Yakinlah, kekuatan mental pasangan PJJ sebenarnya lebih kuat daripada mereka yang tinggal sebumbung,” kata Dr Siti Mariah Mahmud menerusi Facebook.

Bagaimanapun beliau menyarankan pasangan yang mengalami tekanan akibat perhubungan itu untuk berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

Kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat

Siti Mariah juga berkongsi lima tip kurangkan tekanan akibat PJJ:


Pengarang :