AGENDANASIONAL

Pegawai, anggota polis antara ditahan disyaki terlibat pertubuhan haram

KUALA TERENGGANU, 22 JAN: Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.

Menurut sumber tangkapan kesemua suspek dilakukan menerusi Op Selendang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan kerjasama PDRM Terengganu.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Difahamkan pertubuhan haram itu mulai aktif di daerah Dungun mulai 2021.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan Bukit Aman setelah siasatan selesai.

– BERNAMA


Pengarang :