Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
PBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 19 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata operasi Shah Alam On Wheels (SAOW) itu bermula 11 pagi hingga 5 petang adalah untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :