Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad berucap ketika sumbangan Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Pekawanis di Dewan Megawati, Shah Alam pada 17 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pekawanis rai ibu setiap DUN dalam satu program, pilih tokoh

SHAH ALAM, 18 JAN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bakal menganjurkan program Hari Ibu sebagai usaha meraikan golongan terbabit.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pihaknya menyasarkan seramai 1,000 ibu dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) turut serta dalam program berkenaan.

“Sebelum ini kita bagi peruntukan kepada DUN untuk buat program Hari Ibu tetapi kali ini kita mahu kumpulkan ibu dari setiap DUN dan meraikan mereka.

“Kita juga bercadang memilih tokoh dalam kalangan mereka menerusi program itu. Pemilihan tokoh akan dibuat berdasarkan kriteria tertentu,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis sumbangan perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di sini hari ini.

Mengulas berhubung program Pekawanis tahun ini, Masdiana berkata pihaknya giat menganjurkan pelbagai aktiviti menumpukan golongan wanita, belia dan berpendapatan rendah.

Menurutnya, antara program itu adalah bengkel multimedia yang akan bekerjasama dengan Universiti Selangor, edaran bubur lambuk pada Ramadan dan sumbangan hari raya.


Pengarang :