EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau bergambar bersama penerima motosikal pada majlis perasmian program Bikecare-1000 anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di Shah Alam pada 24 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Pekerja p-panggilan boleh mohon bantuan beli motosikal hingga 27 Januari

SHAH ALAM, 11 JAN: Permohonan bagi program Bikecare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja ekonomi sampingan dibuka mulai hari ini sehingga 27 Januari.

Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) memaklumkan program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu pekerja itu (p-panggilan) yang memerlukan untuk membeli motosikal.

“Bantuan pembayaran pendahuluan untuk pembelian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja yang telah dan ingin menceburi sektor ekonomi sampingan.

“Antara syarat kelayakan permohonan termasuk pemohon adalah warga Selangor, berusia 18 tahun ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah dan tidak disenarai hitam CTOS/CCRIS,” kata agensi itu di Facebook hari ini.

Menurut UPPS borang permohonan lengkap dan dokumen berkaitan perlu diserahkan ke pejabat UPPS di alamat East Entrance, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 016-959 8320 (Fatin Shafira).


Pengarang :